KELAS COKLAT ANJURAN KOLEJ RISDA SDN BHD MALAYSIA
Assalamualikum WBT, salam semua dari Amore. Kelas coklat telah diadakan pada
8hb Feb.2010 di Amore E Bake. Seramai 10 peserta dari Seremban, Kuala Pilah, Jimah Baru-Lukut, Rembau, Tampin, Batu Kikir telah mengambil bahagian. Peserta terdiri daripada suri rumah dan usahawan.Usahawan yang berdedikasi ini belajar membuat coklat dengan menggunakan coklat 'couverture dan compound' jenis white, milk dan dark . Mereka juga belajar tentang coklat 'transfer, chocolate ganache atas cupcake, filling & chocolate oreo'.
Para wanita tekun bekerja
Sempat juga tersenyum untuk kamera sewaktu mencairkan coklat
Khusyuk mengacau coklat sambil mendengar syarahan Puan Adriana
Teruskan mengacau sehinggalah menjadi.....
Begini.
"Cikgu, coklat saya ni ok tak?"
Gambar-gambar sewaktu proses berjalan dipaparkan:-
Pn Siti Khatijah, En Faiza dan Pn Mazlina sedang perhatikan usahawan membuat coklat
Coklat bukan sekadar untuk dijadikan coklat "praline" dan sebagainya,
apabila menggunakan teknik yang betul, akan terhasilnya
chocolate cupcake with chocolate ganache topping
Timbang berat coklat agar dapat mengira kos
Dan seterusnya coklat diletakkan ke dalam "paper cup" untuk memastikan kekemasan
\
Antara hasilnya. Coklat hiasan jenis ini (gambar diatas) boleh dijadikan
sebagai hiasan di atas cake
Seterusnya coklat disusun ke dalam kotak coklat.
Kotak coklat boleh didapatkan di Amore pada harga yang berpatutan.
Hasilnya...
Coklat pelbagai rupa, warna dan perisa - chocolate mint, chocolate praline with blueberry filling
dan sebagainya
Dan akhirnya gambar beramai-ramai para peserta bersama-sama
dengan pegawa daripada RISDA :-
Habsah,Sarimah,Supiah dan Nurul
Rosemawati, Jalilah, Norhasimah dan Mazinah
*************
Dan sekarang kami akan memperkenalkan para wanita yang telah dengan berjayanya
membuat coklat:-
Nurul Hidayu
Puan Rosemawati
Puan Nor`abayah
Norhashimah dari Rembau.......
Puan Mazinah dari Batu Kikir......
Hjh. Khamsiah dari Kuala Pilah.......
Puan Jalilah
Puan Habsah
Puan Supiah
Encik Faiza, pegawai dari kolej Risda
Puan Nurlyn
Puan Sarimah
Seterusnya majlis penyampaian sijil tamat kursus coklat:-
Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas coklat hands-on yang seterusnya,
ianya akan diadakan pada 13 Febuari 2010.
Sila hubungi 017-2652636 untuk membuat sebarang pertanyaan.
Syukur Alhamdulillah kelas ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya.
InsyaAllah, kalau ada rezeki, kita akan bertemu kembali pada masa hadapan,
di dalam Modul kelas di Amore yang seterusnya.